Friday, January 20, 2017

Sistem

Awal tahun 2017 ini aku nak cerita fasal sistem.

Orang kata kalau kau nak berjaya dalam hidup kau perlu pandai tempatkan diri kau ke dalam sistem, kau kena tahu tempat yang paling sesuai untuk kau. Itu lah realiti. Semakin kau tua, semakin besar tanggungjawab, semakin terikatlah kau dengan sistem. Untuk kau melawan arus bukan perkara mudah, apatah lagi mengubah sistem.

Tidak mustahil, tetapi bukannya mudah.

***

Punya ketua macam babi,
Jadikan samak perkara biasa,
Tapi apakan daya kita,
kini sistem sudah memaksa.

Tanggungjawab menepis ego,
Jadi banduan lokap sistem,
Zaman muda kita dewa, 
Zaman tua kita hamba.

Dulu protes tu makanan,
Sekarang kerusi sendiri lebih penting,
Kerusi yang buatkan kita hidup,
Punca nafkah dunia.

Akhirnya, kau dan aku serupa.
Menetap dalam lokap,
Mengejar onkos untuk makan,
Memberi duit kepada penguasa.